Monday, October 1, 2012

4. Jeju Island trip

Hey! Gembira dapat bertemu kembali dengan Pulau Jeju. Siapa yang tak kenal dengan Pulau Jeju, terletak di selatan Korea Selatan merupakan lokasi popular untuk melancong dan honeymoon kerana pemandangan yang menarik. Sebenarnya pada tahun pertama di Korea pernah menjejakkan kaki kesana mengikuti rombongan Institute Bahasa Korea. Hmmm, 4 tahun lepas sudah berlalu, akhirnya sebelum meninggalkan bumi Korea ini dapat juga melawat Pulau Jeju sekali lagi. Overall makanan di Jeju mudah didapati dan pelbagai pilihan dari yang halal kepada yang tidak halal,...

Thursday, November 24, 2011

3. Dodohan Goyangi

Hari ini ada meluangkan sedikit masa untuk berjalan ke Rodeo Street di Shinsegae. Teringat ada tanya kawan tentang cat cafe dekat area tu, lepas pusing-pusing jumpa la juga itu pun kena google map dulu sebab bangunan dia macam agak tersorok sedikit. Nama cafe ini adalah "Dodohan Goyangi" adalah perkataan korea yang bermaksud arrogant cat.  Amat teruja bila sampai di sini sebab memang dah lama nak pergi cuma tak ada masa untuk ke sini. Ya, memang inilah syurga untuk peminat kucing. Terdapat lebih dari 15 ekor kucing yang comel-comel dan manja-manja...

Thursday, November 17, 2011

2. Cubaan membuat kuih keria

Ini cubaan minggu lepas sebenarnya mencuba buat kuih kegemaran sendiri iaitu keria. Kebetulan hari itu student Inha Uni ada plan nak buat Potluck Raya Aidiladha dan Majlis bacaan yasin, so inilah benda yang paling simple untuk dibuat sebab malas masak benda berat-berat. Lagipun kalau dekat rumah Malaysia selalu tengok ibu buat, jadi tak ada masalah la nak buat kuih keria ni.  Keledek yang sudah direbus dan dilenyek.   Lepas kentang sudah dilenyek, campurkan sedikit dengan milkaru (tepung gandum) sehingga menjadi sebatian untuk...

1. Agnes Pasta

Entry pertama. Memperkenalkan salah satu restoran itali kegemaran saya. Agnes Pasta terletak di tingkat 5 M-Plaza, Myongdong Fashion Street. Kalau nak tahu dekat mana M-Plaza tu, carilah Forever 21 sebab terletak didalam bangunan yang sama. Jadi kalau lepas membeli-belah perut terasa lapar, naik terus ke tingkat 5 dan cubalah makanan dekat sini.  Suka dekat restoran ini sebab selalunya kalau datang tak ramai orang, so tak adalah bising sangat dan suasana dan environment dia pun cukup menenangkan. Memang selalu kalau lepas penat shopping...
 
© Copyright 2035 Oppa Food Blog
Theme by Yusuf Fikri