Thursday, November 24, 2011

3. Dodohan Goyangi

Hari ini ada meluangkan sedikit masa untuk berjalan ke Rodeo Street di Shinsegae. Teringat ada tanya kawan tentang cat cafe dekat area tu, lepas pusing-pusing jumpa la juga itu pun kena google map dulu sebab bangunan dia macam agak tersorok sedikit. Nama cafe ini adalah "Dodohan Goyangi" adalah perkataan korea yang bermaksud arrogant cat. 


Amat teruja bila sampai di sini sebab memang dah lama nak pergi cuma tak ada masa untuk ke sini. Ya, memang inilah syurga untuk peminat kucing. Terdapat lebih dari 15 ekor kucing yang comel-comel dan manja-manja dari pelbagai baka yang bersedia untuk menceriakan anda disini.

Saya memang suka cafe di korea kerana kebanyakan cafe mereka adalah kreatif dan ada konsep yang bermacam antaranya selain dari cat cafe, puppy cafe, snoopy cafe dan hello kitty. Bukan itu sahaja minumannya juga sedap setanding dengan starbuck ataupun coffee bean. Oleh itu, disamping kita melepak minum latte kita juga boleh bermain-main dengan kucing-kucing yang ada. Harga yang dikenakan untuk setiap minuman adalah 8000won plus anda boleh duduk berapa lama yang anda suka disitu.
Baru duduk kejap dah kena terkam dengan comel ini. hehe
si putih yang pakai blusher, amat manja sampai bahu dia panjat. 
Sebenarnya bila sampai kat situ macam ragu-ragu nak masuk sebab tak ada orang langsung. Rupanya hari biasa memang tak ramai pengunjung dan menjadi ramai pabila hujung minggu. Maknanya, saya seorang  sahaja yang ada tadi dan sudah tentu lah berasa seperti cafe itu seperti saya yang punya. All cats on me! hehe.
Dalam itu semua tengah lena tidur. 
Macam mana? Menarik kan cafe ini? Sudah tentu saya ingin pergi lagi mungkin lepas ini berdua kerana cafe ini amat sesuai sebagai tempat berdating. Jika cat cafe di Incheon ini terlalu jauh bagi anda, jangan risau kerana di Seoul lagi banyak terdapat cat cafe seperti di Myondong, Hongdae dan Sinchon. Mengakhiri post kali ini, saya sajikan gambar si putih di atas yang comel. Meow~
Meow meow. 

Thursday, November 17, 2011

2. Cubaan membuat kuih keria

Ini cubaan minggu lepas sebenarnya mencuba buat kuih kegemaran sendiri iaitu keria. Kebetulan hari itu student Inha Uni ada plan nak buat Potluck Raya Aidiladha dan Majlis bacaan yasin, so inilah benda yang paling simple untuk dibuat sebab malas masak benda berat-berat. Lagipun kalau dekat rumah Malaysia selalu tengok ibu buat, jadi tak ada masalah la nak buat kuih keria ni. 

Keledek yang sudah direbus dan dilenyek. 


 Lepas kentang sudah dilenyek, campurkan sedikit dengan milkaru (tepung gandum) sehingga menjadi sebatian untuk dibulat-bulatkan. Jangan lah taruk banyak sangat sebab nanti hilang rasa keledek tu dan masa digoreng nanti keria akan jadi keras. Orang kata pandai-pandai sendiri lah ya?


 Keria yang sudah siap dibulat-bulatkan. Banyak juga dapat buat hari itu sampai lebih 30 biji, jadi boleh simpan sedikit buat sarapan keesokan harinya. Seterusnya goreng kuih keria ni guna minyak yang panas dengan api yang kecil so luar dia tak hangus dan dalam dia turur masak sekali. Goreng sehingga jadi warna golden brownish.


Lepas itu, biarkan keria itu sejuk sekejap dan tibalah masa yang paling menggerunkan iaitu masa untuk menyira dengan gula. Kalau sira masa keria itu masih panas nanti keria itu akan pecah. Sukatan untuk menyira adalah 1/4cawan gula ditambah dengan sedikit air. Kacau diatas api kecil sehingga pekat, masukkan keria dan selepas itu matikan api. Teruskan mengacau keria hingga disaluti sira gula. Ini adalah benda paling susah dan tension kerana memerlukan kesabaran.


Untuk cubaan pertama kira okay lah kan? Yang penting laku kuih saya masa majlis itu dan majlis potluck pun berjalan dengan lancar. Alhamdullilah.

1. Agnes Pasta

Entry pertama. Memperkenalkan salah satu restoran itali kegemaran saya. Agnes Pasta terletak di tingkat 5 M-Plaza, Myongdong Fashion Street. Kalau nak tahu dekat mana M-Plaza tu, carilah Forever 21 sebab terletak didalam bangunan yang sama. Jadi kalau lepas membeli-belah perut terasa lapar, naik terus ke tingkat 5 dan cubalah makanan dekat sini.





 Suka dekat restoran ini sebab selalunya kalau datang tak ramai orang, so tak adalah bising sangat dan suasana dan environment dia pun cukup menenangkan. Memang selalu kalau lepas penat shopping kita orang duduk makan dekat sini lama-lama tunggu waktu nak solat semua.

 Cream Haemul Spaghetti (Cream Seafood Spaghetti) 

Haemul Risotto ( Seafood Risotto) kegemaran saya
 Makanan juga boleh tahan sedapnya! Untuk pelancong yang baru datang dan masih belum biasa dengan makanan korea boleh lah cuba. Yes, memang tak banyak menu yang boleh dipesan kerana terdapat daging di dalam, tapi antara yang boleh dipesan adalah spagetthi, carbonara, pizza dan risotto. Dan tak perlu risau masa memesan makanan kerana pelayan handsome boleh bertutur dalam English dan menu juga akan diberi dalam English.

Okay, nampak sedapkan? lets start digging! 


 
© Copyright 2035 Oppa Food Blog
Theme by Yusuf Fikri