Monday, October 1, 2012

4. Jeju Island trip

Hey! Gembira dapat bertemu kembali dengan Pulau Jeju. Siapa yang tak kenal dengan Pulau Jeju, terletak di selatan Korea Selatan merupakan lokasi popular untuk melancong dan honeymoon kerana pemandangan yang menarik. Sebenarnya pada tahun pertama di Korea pernah menjejakkan kaki kesana mengikuti rombongan Institute Bahasa Korea. Hmmm, 4 tahun lepas sudah berlalu, akhirnya sebelum meninggalkan bumi Korea ini dapat juga melawat Pulau Jeju sekali lagi.

Overall makanan di Jeju mudah didapati dan pelbagai pilihan dari yang halal kepada yang tidak halal, dari yang murah kepada yang mahal. Makanan yang popular di Jeju adalah Black Pork Grill. Kawan korea kata rasa black pig ni lain sikit dari yang biasa. Wallahuallam lah tak pernah mencuba, jadi tak mahu komen pasal ini. Banyak lagi pilihan yang dijamin halal. InsyaAllah


1. 고등어 조림 (Godengo Jorim)

Godengo bermaksud ikan tuna, dan restoran yang terletak di Seogwipo food street bernama Naegori Restoran menjadi pilihan setelah tiba di sini. Ianya kelihatan seperti ikan masak sambal bersama dengan lobak putih yang menjadikan masakan ini lebih pedas. Sedap dan sedikit pedas, sekali makan rasanya seaakan ikan masak asam pedas. Satu kelebihan masakan di Pulau Jeju yang berbeza daripada Seoul ialah makanan lautnya amat segar sekali. Sememangnya ini menambahkan selera kami.




godengo jorim dan side dishes

2. 해물 칼국수 ( Haemul Galguksu)

Ini pula adalah mee rebus yang boleh didapati dimana-mana kedai di Korea cuma specialnya di Jeju ini, seafood dia bukan main banyak dia letak. Mee tersebut pula dibuat sendiri bukannya menggunakan mee kuning yang siap di kedai. Portion untuk mee ini memang amat banyak dan jika dibanding dengan harganya amatlah berpatutan. Boleh order satu dan berkongsi dua orang. 

Galguksu berharga 5000won dengan pelbagai hidupan laut.



 
© Copyright 2035 Oppa Food Blog
Theme by Yusuf Fikri