Thursday, November 17, 2011

2. Cubaan membuat kuih keria

Ini cubaan minggu lepas sebenarnya mencuba buat kuih kegemaran sendiri iaitu keria. Kebetulan hari itu student Inha Uni ada plan nak buat Potluck Raya Aidiladha dan Majlis bacaan yasin, so inilah benda yang paling simple untuk dibuat sebab malas masak benda berat-berat. Lagipun kalau dekat rumah Malaysia selalu tengok ibu buat, jadi tak ada masalah la nak buat kuih keria ni. 

Keledek yang sudah direbus dan dilenyek. 


 Lepas kentang sudah dilenyek, campurkan sedikit dengan milkaru (tepung gandum) sehingga menjadi sebatian untuk dibulat-bulatkan. Jangan lah taruk banyak sangat sebab nanti hilang rasa keledek tu dan masa digoreng nanti keria akan jadi keras. Orang kata pandai-pandai sendiri lah ya?


 Keria yang sudah siap dibulat-bulatkan. Banyak juga dapat buat hari itu sampai lebih 30 biji, jadi boleh simpan sedikit buat sarapan keesokan harinya. Seterusnya goreng kuih keria ni guna minyak yang panas dengan api yang kecil so luar dia tak hangus dan dalam dia turur masak sekali. Goreng sehingga jadi warna golden brownish.


Lepas itu, biarkan keria itu sejuk sekejap dan tibalah masa yang paling menggerunkan iaitu masa untuk menyira dengan gula. Kalau sira masa keria itu masih panas nanti keria itu akan pecah. Sukatan untuk menyira adalah 1/4cawan gula ditambah dengan sedikit air. Kacau diatas api kecil sehingga pekat, masukkan keria dan selepas itu matikan api. Teruskan mengacau keria hingga disaluti sira gula. Ini adalah benda paling susah dan tension kerana memerlukan kesabaran.


Untuk cubaan pertama kira okay lah kan? Yang penting laku kuih saya masa majlis itu dan majlis potluck pun berjalan dengan lancar. Alhamdullilah.

3 comments:

Paan Azman said...

Sedap ke kuih ni? jadi tak? sama tak rasa dia? huhu!

ajid said...

@Paan Azman, sedap la. mesti la sama rasa dia. tgk pun mesti dah tahu kan =)

Unknown said...

ajid mana gula keria tu? huhuhu

Post a Comment

 
© Copyright 2035 Oppa Food Blog
Theme by Yusuf Fikri